Thursday, 31 May 2012

Tak patut

Assalamualaikum.


Sejak dua menjak aku berkecimpung dalam arena seni suara, aku banyak tengok video orang menyanyi. Memanglah orang yang menyanyi, takkan tempe pulak yang menyanyi. Tak tahu tempe tu apa? Tempe itu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada soya dan selalunya dipijak-pijak sahaja menggunakan kaki tanpa apa-apa alas. Kalau ada cagu di kaki sang pemijak itu, maka akan jadi tempe bercagu.

Lagi satu, kalau tak tahu apa itu tempe, berkemungkinan besar anda bukan orang jawa.

Ok, kembali kepada arena seni suara yang aku bergomol dengannya ketika ini. Aku banyak menonton nyanyian remaja, aku nak kata kanak-kanak pun boleh juga sebab mereka berumur kurang 15 tahun. 



lagi satu..




Budak dua orang ni kalau masuk Mentor pun aku rasa boleh kalah semua peserta Mentor ke, AF ke, apa ke. Aku bukan nak kata orang Malaysia tak patut masuk pertandingan-pertandingan sebegini. Walaupun dari satu sudut memang tak payah masuk pun.

Aku sebenarnya tak berapa berkenan dengan pertandingan nyanyian untuk budak-budak. Bintang kecil ke, Idola kecil ke, Bakat si kecil ke, Adik kecil ke, apa-apa yang kecil lah senang cite. Budak-budak ni macam jadi bahan nak buat duit je. Vote apa semua bagai. Aku sendiri tak pasti betul ke ada orang yang vote pertandingan macam ni.

Zaman Mawi mungkinlah kot. Sebab aku memang nampak nenek aku sendiri vote si Mawi tu. 

Malaysia ni dah terlampau banyak orang nak jadi penyanyi. Sampai budak-budak pun maybe kalau cikgu tanya dah besar nak jadi apa, nak jadi macam Shila Amzah, nak jadi macam Hazama, entah sape-sape lagi.

Aku bukanlah nak halang budak-budak ni punya cita-cita. Kalau betul-betul berbakat takpe. Ini sebab nak melawa, nak melaram, nak me......., erm me apa-apa lah. Adoi. Masuk sekolah vokal tak nak. Tau nak menyanyi je.

Aku malas nak letak video budak-budak Malaysia yang masuk pertandingan nyanyian ni. Kalau siapa yang layan Idola Kecil atau Bintang Kecil, for sure korang boleh compare budak-budak kita kat level mana. Bukan budak-budak je. Sekali dengan yang masuk AF ke Mentor ke, apa-apa lagi lah. Yang aku rasa level tinggi sikit Malaysian Idol dan One in a Million.

Itu pun tak ramai yang boleh pergi jauh. Kalau tengok The Voice ke X factor ke, Britain Got Talent or American Got Talent, dalam ramai-ramai yang masuk tu, 2-3 kerat je memang tak nampak boleh pergi. Yang lain-lain memang superb.

Apahal entah aku bebel pasal benda ni. Kahkahkah.
_______________________________________

Aku memang selalu tak tengok rancangan pertandingan realiti nyanyian yang Malaysia punya. Aku pilih yang mana aku nak dengar je.

Aku pun bukan power sangat. Bangang tahap syaitan jugak. Kahkah.


p/s: Ramai kawan aku yang suara sedap tak sorang pun jadi penyanyi. Baguslah. Tahu apa yang lebih baik untuk diorang.

Monday, 28 May 2012

Tak sedap

Assalamualaikum.


" Suara kau ni memang tak sedap. Takpe. Kita buat orang dengar sedap," komen cikgu vokal aku sambil makan megi goreng.

Macam aku dah bagitahu dulu, suara aku ni memang bangang bunyinya. Tak sedap langsung. Tapi cikgu vokal aku pandai. Dia tahu macam mana nak buat suara aku yang tak sedap langsung ni, orang dengar sedap je. Kira macam aku lah. Aku ni tak hensem. So, cikgu aku make-up aku sampai orang nampak aku hensem. Padahal tak hensem. Hamlau adalah.

Begitulah juga halnya dengan suara syaitan aku ni. Suara syaitan, cikgu aku tambahkan iman dan taqwa agar kedengaran macam jin masuk Islam. Suara aku confirm tak sedap. Tapi cikgu aku ajar macam mana nak bagi orang dengar sedap. Aku pun dah tahu sikit cara-cara nak buat suara syaitan ni bunyi macam suara Saleem.

Aku ada tanya cikgu aku, better aku buat suara biasa atau suara serak-serak basah. Dia prefer aku asah lagi suara serak basah aku ni. Suara biasa aku ni sesuai untuk mengaji katanya. Insaflah jugak aku dengar bila cikgu vokal aku cakap begitu. (bentang sejadah tangan menadah doa..)

Bersemangatlah juga aku bila cikgu aku cakap suara serak ni tak semua orang boleh buat. So, latihan aku lepas ni fokus kepada suara serak basah aku. Suara biasa aku, aku belajar lepas Maghrib. Kelas mengaji la pulak. Lepas Asar menyanyi, lepas Maghrib mengaji. Haaa gitu.

Kahkahkah!!!

___________________________

Semalam aku belajar tarannum. Walaupun aku ni tak reti, at least belajar. Tahu asas pun jadilah.

Actually aku tengah cuba pantang sebab nak jaga suara. Taubat aku nak pantang. Makan bedal je. Suara kalau dah memang syaitan, paling sedap pun jin muallaf je boleh pergi.

Kahkah!!



p/s: Kelas tak boleh hari2 bak kata cikgu aku. Esok aku tak belajar la gamaknya. Belajar dalam jamban jelah jawabnya. Ahaha..

Sunday, 27 May 2012

Komen daripada cikgu vokal

Assalamualaikum.


" Suara anda memang syaitan sekali. Dua jam anda berlatih, tak sampai 2 saat pun saya dengar suara anda sedap. Sila telan tulang ikan bawal seberat 2kg...," kata cikgu vokal aku sambil mengelap darah yang keluar daripada lubang hidung dan telinga beliau.

Kahkahkah.

Suara aku takdelah bangang sangat bunyinya. Biasalah. Terbabas dalam longkang, terjunam dalam gaung.  Lepas try 3 kali by The Malayan, cikgu aku suruh aku try nyanyi lagu Flop Poppy - Cinta petang tadi.




Cikgu aku kata aku memang sangat bahlul sekali dalam melenggokkan suara, tak reti lagi nak main suara. Bukan tak reti lagi sebenarnya. Suara aku memang bukan jenis boleh dilenggok-lenggok. Masa aku cuba petang tadi, banyak belalang datang masuk bilik. Aku rasa belalang tu pening kepala dengar suara aku. Diorang ingat suara aku suara bapak belalang yang memanggil mereka pulang ke rumah.

Suara serak basah aku ini tak boleh konsisten lagi. Disebabkan tak konsisten, aku dah terbuat satu suara yang cikgu aku cakap sesuai pulak dengan genre lagu lain. Petang tu jugak aku bantai lagu baru.



Disebabkan aku boleh buat suara serak-serak basah, cikgu aku suruh aku try lagu atas ni. Lagu atas ni cikgu aku suruh aku buat suara antara serak basah dengan suara normal aku. Aku pun tak faham lagi. Cikgu aku yang baik hati tengah cuba detect suara aku ni jenis sesuai dengan lagu macam mana.

Setakat ni yang aku faham, aku boleh bawak 3 jenis lagu.

Lagu yang pakai suara serak-serak basah.
Lagu yang tak pakai suara yang perlu dilenggok sebab aku ni bangang nak melengggokkan suara.
Lagu yang jenis akustik. Akustik ni aku suka. Kahkahkah.

Lepas Maghrib, aku try mengaji dengan cikgu vokal aku. Ambik kau, dia kata aku baca macam syeikh muqri mana entah. Nama muqri tak kenal. Bangang. Kenal Flop Poppy and Spider je. Bahlul.
___________________________________

Petang kelas vokal, malam kelas mengaji. 3 kali seminggu. Hari-hari nanti suara rosak. Suara aku yang dah memang jahanam ni tak payah tunggu rehat sebenarnya. Tapi nasihat cikgu jangan dilawan. Derhaka namanya.

Kecik-kecik kemaruk nak menyanyi, sekarang sangap nak menyanyi. Haa, elok!!!


p/s: Semoga aku tak masuk pertandingan nyanyian. Aku azam paling jauh pun aku masuk pertandingan antara ahli rumah. Kahkahkah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...