Saturday, 30 July 2011

My mama

Assalamualaikum.


21 Julai 2011.

Birthday mama yang ke 49. Macam tahun-tahun sudah juga, aku tak wish on time. Mesti terlambat. Tapi tahun ni adalah yang paling lambat aku wish. 21 Julai - 26 Julai aku terlibat sebagai atlet Malaysia dalam Sukan SEA antara Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

Masa kecil aku bukanlah anak yang baik pun. Nakal dan degil juga macam budak-budak lain. 

Antara memori aku dengan mama adalah aku pernah kena marah sebab kacau mama solat. Aku ingat lagi masa itu adalah solat Maghrib. Aku sangat tertarik dengan cara mama ikat telekung dia. Mama ikat bentuk reben dan rama-rama.

Setiap kali mama bangun dari sujud, aku akan tarik tali telekung mama. Aku tarik sikit-sikit. Sampai mama sujud terakhir, maka tercabutlah telekung mama tu. Elok je mama salam tahiyyat akhir, aku kena marah. Sure lah menangis. Masa tu hati tak keras lagi macam sekarang. Asal kena marah je menangis. 

Tokmak aku (nenek belah mak) yang pujuk aku. Dapat asikrim paddle pop woi. Masa tu paddle pop kira Robbin Baskin la sekarang ni.
_____________________________

Happy birthday to mama. Hope you always in good health. 




p/s: Aku masih menangis bila ingat mama sakit.

0-0 (bahagian 7)

bahagian 7


Begitulah kehidupan Hasnae dan Yusuf selepas itu. Tiap-tiap hari mereka berbalas mesej. Kata ganti diri tidak lagi aku dan kau sebaliknya meggunakan nama, Yusuf dan Hasnae. Yusuf tidak mahu Hasnae memanggilnya Sop, bunyi kampung katanya.  Mereka tidak pernah berjumpa sejak tamat SPM.

 “ Esok result SPM keluar. Hasnae doa agar kita berdua berjaya dengan cemerlang. Jika result Hasnae lagi rendah, harap Yusuf janganlah berubah hati, ”  Hasnae mengeluh.

 “ Apalah yang Hasnae cakap ni?Yusuf bukan camtula. Yusuf sayang Hasnae dan yakin Hasnae akan lebih baik daripada Yusuf. Tidurlah ok? Selamat malam. Jangan risau,” Yusuf membalas sambil berdoa kejayaan mereka bersama. Perhubungan mereka tidak diketahui ramai kerana mereka bijak menyembunyikannya. Ahmad dan Salwa telah diberi amaran awal-awal lagi supaya tidak menghebohkannya.

 Hari yang dinantikan pun tiba. Keputusan SPM keluar.

Hasnae Bt Hasan, 11A1.
Yusuf bin Yunus ,9A .
Salwa Bt Salim ,12A.
 Ahmad Bin Alif ,10A1.

 “ Kan Yusuf dah kata, result Hasnae mesti lagi gempak daripada Yusuf. Tahniahla korang. Aku gak yang kantoi sikit. Tapi ok la. Aku ingat dapat 5A je,” semua ketawa kegembiraan . Yusuf dan Hasnae mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama-sama.

 “ Lepas ni Hasnae nak sambung belajar mana?” Yusuf menjeling ke arah kekasih hatinya yang amat dirinduinya.

 “ Hasnae nak sambung ke luar negara, nak jadi arkitek . Hasnae harap terpilih,” bersinar-sinar mata Hasnae menyatakan hajat hatinya kepada lelaki pertama dalam hidupnya. Mereka semua sibuk menunggu tawaran daripada universiti.

 Setelah 1bulan menanti, Hasnae mendapat panggilan daripada MARA mengatakan dia telah terpilih untuk melanjutkan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan. Berita baik itu disampaikan kepada Yusuf.

 “ Hasnae terpilih. Alhamdulillah. Thanks tolong doakan Hasnae. Lepas ni Hasnae dah sibuk dengan kursus. Lagi 2 minggu Hasnae akan mendaftar,” Hasnae sangat gembira ketika bercerita.

 “ Alhamdulillah. Yusuf terpilih untuk sambung dalam bidang Pengajian Hadis dan Ulum Alquran di Nilam Puri, UM ,” walaupun ada getar dalam bicaranya, sedaya mungkin Yusuf berlagak riang ketika berborak kali pertama di telefon bersama Hasnae.

          “ Yusuf , Hasnae harap Yusuf dapat setia dengan Hasnae. Kita akan berpisah selama 6 tahun . Hasnae nak Yusuf tahu, Yusuf dah banyak ubah hidup Hasnae. Sama-samalah kita doa moga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat kita. Ingat tau, jangan nak gatal-gatal kat UM tu. Ambil bidang agama, biar perangai baik sikit,” Hasnae cuba berjenaka bagi menutup kesedihan di hatinya. Dia sudah puas menangis semalaman.

 Kini, tibalah masa Hasnae berangkat ke Jepun. Dia akan meninggalkan keluarga tercinta, tanah air, rumah, dan yang takkan dilupakan, Yusuf, lelaki pertama dalam hidupnya.

 “ Yusuf akan doakan Hasnae selalu sihat. Belajar rajin-rajin. Selagi mana Hasnae percayakan Yusuf, selama tulah Yusuf akan percaya dan setia terhadap Hasnae. Yusuf tunggu sampai Hasnae habis belajar dan bekerja. Lepas itu insyaallah kita kahwin,” tanpa disedari kata-kata Yusuf tadi didengari oleh ibu bapa Hasnae.

 “ Kamu pun belajar betul-betul Sop. Baru pakcik dan makcik yakin nak serahkan Hasnae kat kamu,” merona merah muka mereka berdua. Dengan linangan air mata, Hasnae meninggalkan mereka semua dan menuju ke arah kumpulan pelajar yang akan berangkat ke Jepun. Lambaian tangan Hasnae dibalas Yusuf dengan senyuman.




bersambung..

Friday, 29 July 2011

Tengahari Jumaat

Assalamualaikum.


Tengahari Jumaat ketika itu terik. Aku kayuh basikal laju-laju balik dari universiti. 4-5 kereta aku potong tanpa rasa gentar. Kucing dan anjing melintas aku gilis ekor mana-mana yang berlagak hebat. Gadis-gadis universiti yang jalan terkedek-kedek aku lintas sambil meninggalkan kesan tayar pada kasut tumit tinggi mereka.

Kepala dah berasap dipanah sinaran mentari yang memancar garang. Tekak kering. Badan berpeluh. Nasib baik aku tabur bedak Carrie Junior banyak-banyak dalam baju. Dia punya banyak macam makcik-makcik tabur dedak bagi ayam makan dalam reban. Bau blueberry mematikan bau peluh jantan yang amat maskulin.

Aku sampai rumah dengan mengah. Sambil tunggu giliran bilik air, aku ketip kuku. Ambil sunnah hari Jumaat. Kuku kaki agak buruk. Pecah-pecah. Tak rata. Sopek-sopek. Tambah pula dengan debu-debu tanah ketika mengayuh basikal tadi, kaki aku seperti kaki patung-patung di Madame Tussaud yang tak dicuci.

Setelah siap mandi sunat Jumaat, dengan penuh rasa keimanan yang memuncak tinggi, aku sarungkan jubah yang aku baru beli sebulan lepas. Lepas sembur minyak wangi sikit-sikit, aku pun melangkah keluar.

Disebabkan cahaya matahari yang terlampau terik berada betul-betul tegak di atas kepala dan mataku menjadi silau, aku terpalingkan wajahku ke sebelah kanan.

Seorang gadis berjubah hitam dan bertudung biru gelap sedang berjalan ke arah masjid. Untuk sampai ke masjid, gadis itu perlu melintasi rumah aku.

Cuaca panas terik aku rasakan perlahan-lahan menjadi nyaman dengan gugurnya daun-daun sakura mengiringi langkah gadis itu. Air mukanya membawa sejuta ketenangan yang mendinginkan kehangatan sinaran mentari.

Aku memperlahankan gerakan tanganku ketika membuka pagar rumahku. Selalu aku buka pagar tak sampai 3 saat, tapi tengahari itu aku buka pagar selama 1 minit.

Tatkala pagar sudah terbuka, gadis itu masih belum melintasi pagar rumah aku. Aku buat-buat betulkan selipar di kaki. Lepas selipar kiri, gadis itu tak sampai lagi. Aku betukan pula selipar kanan. Pun tak sampai lagi.

Aku hairan. Mana pula gadis itu?

Elok sahaja aku melangkah keluar dari pagar, gadis itu muncul dari kanan aku. Hampir berlanggar. Masing-masing terkejut.

Aku kaget. Masa seolah-olah terhenti.

Dia tersenyum nipis lalu beredar sambil ditemani ibunya.

Aku?

Aku tak tidur langsung semasa khutbah Jumaat. Penangan senyuman seorang gadis yang memancarkan aura solehah yang padu dan jitu memang kuat.
_______________________________

Benda-benda begini tak elok. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tunggu seorang gadis melintasi aku padahal tengah panas gila tengahari itu.

Orang-orang baik dan soleh solehah ini aku rasa memang orang akan tunggu walaupun terseksa masa menunggu tu. Rasa berbaloi walaupun terseksa sebab rasa lega dan tenang dengan orang soleh solehah ni.




p/s: Jahat macam mana pun aku ni, aku mengaku aku kalah dengan perempuan solehah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...