Monday, 28 February 2011

Handphone

Assalamualaikum.


Suatu petang yang cerah, suasana kelas begitu suram. Masakan tidak suram, pensyarah tiba lewat dan pastinya kelas akan tamat lebih lewat. Sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa.

Tiba-tiba kedengaran nada dering henfon berbunyi. Lagu Superhero nyanyian Faizal Tahir. Semua mata terarah kepada seorang lelaki. Lelaki itu bergegas keluar dari kelas.

Lelaki itu kelihatan sedang berbual dengan seseorang melalui henfonnya. Sesekali dia tergelak. Adakala dia bersandar pada tiang. Tangannya pula tidak henti-henti menepuk tembok di sebelahnya.

5 minit..

8 minit..

10 minit..

Kemudian lelaki itu kembali ke dalam kelas. Meneruskan pembelajaran seperti biasa.

___________________________________

Lelaki tu adalah aku. Kawan aku call mintak aku datang rumah dia lepas habis kelas. Tak sampai 1 minit pun cakap dah habis. Lagi baki 9 minit aku cakap sorang-sorang dekat henfon.

Kelas petang memang hardcore dia punya mengantuk. Pensyarah cakap tak sampai 1 perenggan, kepala aku dah terhumban atas meja. Tak kira lagi mata lelap sambil terangguk-angguk tanda bersetuju dengan kenyataan pensyarah.

Cakap sorang-sorang dekat henfon memang gila. Lebih gila daripada orang gila cakap sorang-sorang.





p/s: Masuk kelas balik aku dapat tahan mengantuk sampai perenggan ketiga. Lepas tu aku tak ingat apa jadi.

Sunday, 27 February 2011

Malam yang penat

Assalamualaikum.


Penat nak menulis. Aku uploadkan video sahaja..




Sambungan video di atas:



__________________________________

Kitorang baru habis program. Konvo Graduan sidang pertama. 

Aku bawak Haziq dan Ali pergi butik. Ajar diorang cara tawar-menawar versi aku. 





p/s: Sueqa tu macam Petaling Street dekat KL. Sini tiada peniaga samseng macam kat Petaling Street.

Saturday, 26 February 2011

Gulai gempak

Assalamualaikum.

2006 @ Masjid Annur, USJ4

Panas terik. Peluh jantan mula bertitisan di dahi. Ada yang mengalir melalui hidung, jatuh tepat ke dalam mulut. Pergh, masin gila. Kurang sikit daripada ikan masin.

Hari Jumaat memang budak asrama macam aku tunggu. Boleh keluar dari sekolah dan menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Jalan kaki 10-15minit.

Sampai masjid, terus pergi dapur masjid. Minum air sirap barang setong (satu tong) dua. Ada rezeki lebih, boleh rembat pisang atau biskut kering. Cukup untuk alas perut supaya tak berbunyi masa khutbah. Adegan perut berbunyi ketika khutbah sangat ngeri. 

Aku masuk dewan masjid. Nampak beberapa junior macam mengaji. Kepala tunduk sambil bergerak-gerak persis seorang hafiz Al-Quran. Bagus. Aku menghampiri mereka. Ingat nak join sama. Benda baik tak elok kita tangguh.

Tiba-tiba diorang menggelupur. Menggelabah.

Kaki aku terpasak kemas depan diorang. Lagak seorang kadet sedang diri sedia dalam kawad. Di bawah kaki aku adalah senaskhah majalah Gempaq! Aku pusing-pusingkan kaki sampai majalah Gempaq! itu bertukar jadi gulai. Sedap!!
___________________________________

Memang diorang bikin aku panas. Baca Gempaq! dalam masjid memang tak ngam betul dengan aku. Punyalah hati aku berbunga riang, alih-alih rasa nak lutut kepala sorang-sorang.

Aku rasa ada beberapa orang dalam dewan tu nampak apa aku buat. Aku buat biasa. Lagak seorang pelajar senior yang memiliki kuasa untuk berbuat demikian. Oh, aku seorang pengawas. Lupa nak bagitau.




p/s: Aku tak tahu apa jadi dengan junior tu. Lepas pijak, aku terus solat sunat Tahyatul Masjid. Lepas salam diorang dah tiada kat belakang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...