Saturday, 28 February 2009

ayat manis

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya pastikan terbukti nanti..

kata-katamu hanya mimpi di siang hari
kemarau panjang berpanas jua
berteduh tidak..

assalamualaikum.

salam sejahtera aku ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog aku.

hehe.. maaflah. aku rasa method blog aku akan dimulakan dengan lirik lagu.. janji takde ayat-ayat sensitif, aku amik je..

kenapa aku petik dua lirik kat atas tu?
yg 1st, sebab faizal tahir punya lagu- GEMURUH. wakakaka..
yg 2nd, langit ke-7 by Syarifah Zarina.

yg 1st +ve statement
yg 2nd -ve statement

ini aku tujukan kepada sesiapa yang mulut manis tu. bak pepatah melayu, ' menanam tebu di bibir'. aku kalau jumpa orang camni, aku ganti je tebu tu dengan durian. tu kira baik la aku tanam durian kat bibir orang camni.. kalo aku tanam kaktus, baru puas hati aku.

suasana politik di malaysia hari ni, ramai je kita jumpa manusia camni. janji tu la, janji ni la. pastu senyap. duet masuk poket, mulut teruslah potpet2 sana, potpet2 sini. dapat jawatan, duduk mengangkang dalam ofis tadah aircond. orang lain jadi mangsa ayat2 manis makhluk camni.

hadis nabi yg saheh, tanda munafiq tu ada 3.
1- bila berkata-kata diorang bohong
2- bila berjanji diorang mungkir
3-bila dibagi amanah diorang khianat

ALLAH pun berfirman dalam al-qur'an : suroh assof, ayat 2 =
'wahai orang yang beriman, janganlah kamu berkata-kata apa-apa yg tidak kamu lakukan'

so, kepada pembaca blog aku ni, janganlah korang jadi manusia2 yang ayat manis tapi kesan pahit. baik korang senyap je. jangan nak tabur janji sana-sini. pastu buat bodoh. buat2 lupa.

" eh, aku salah cakap kot"

" korang salah dengar la"

" aku mana ada cakap camtu"

aku lempang je makhluk2 camni. nak je rekod sume kata2 manusia kat dunia ni..

yang laki or pompuan pulak, tak yah la nak bermadah pujangga. konon akan pertahan janji setia sehidup semati. pijak semut pun tak mati. tu tahan lagi. kalau pijak semut, tiba2 semut tu angkat balik kaki letak kat tepi. pergh... tu memang ayat kayu jintan manis dah tu..

better korang ber'ayat-ayat cinta'. senang. dah kahwin, dah lafaz akad nikah depan tok kadi, haaaa... janjilah apa pun..

' lautan api pun sanggup abang renangi demi kekanda'

'gunung berduri akan adinda daki demi mencapai cinta abangku'

memang la boleh. kalau setakat api kat permukaan air je, berenang la kat dalam sikit. tak rasa apa la.

kalau setakat duri2 pokok semalu kat tebing2 bukit, kat celah2 batu gunung tu, hantar makcik wook pun dia boleh. (* kenal x makcik wook? mesti ada tak kenal.haha..)

jangan pandai berjanji kalau tak pandai nak kotakan..
jangan bikin ayat manis kalo rasa hati korang tu pahit..

setakat ni je la bebelan aku sang jejakasenja.
at least ayat2 aku x manis. juz pahit+kelat+masam+masin sikit..


p/s: hasrat yang tersirat semakin kuburu..


~ harapan menyala nadiku berganda~

team aku no3..

assalamualaikum..

alhamdulillah..
sabtu lpas aku dah berjaya conduct 1st program aku..
Sukan WASIM 2009, (KASIM 09).
takraw, volleyball dan futsal.
semua ni aku boleh mainlah.
aku dah lama x praktis tekong kuda aku..
huhuhu..
sudah karat lagi rapuh..
tak setajam dan selaju dulu..
waaaaaaaaaa...( nangis sambil hentak2 kaki)..
*boleh tnya apek kalo x caya..



yg aku prasan, tiap kali aku main bola tampar,
aku takkan dapat spike..
dari mula2 aku mpai morocco da jadi camni.
bila aku kat depan.
mesti bola mati. pastu aku gi servis balik kat blakang.
bengang giler main ngan arab. aku rasa tu la 1st chance nk spike..
dan2 dia lari dari blakang nk spike bola aku. tapi xdpt pastu gi spike bahu aku.
dah aku jatuh terhempas. arab itu sengaallll!!
(* adakah aku disumpah utk jadi setter je?)

yang paling aku da lama x main adalah futsal.
hehehe...
8 tahun da x jadi goalkeeper. maka faham2lah.
team aku mengalami masalah kecederaan pemain yg serius.
pastu aku offer diri jadi keeper..
huahuahua.. terer gak aku. sampai 2nd match je aku keeper.
pastu aku kene terajang ngan kaki gajah zul kat pinggang.
haha..nikmat yg da lama aku lupai..
last2 rahmad ganti aku keeper.
pengajaran dari program ni..
' MAMAT ARAB ITU SENGAL. AKU X PAHAM NAPE DIORANG SANGAT SENGAL'
harap sukma lpas ni aku x jumpa ngan arab2 cenggini.

kat bawah ni gambar team aku yg best.


dari kanan:
(mcmin(K), paiji, atok, nasri, rahmad, faiz, mizi, aku, imad)

gambar2 seterusnya adalah aksi-aksi poyoku di hadapan kamera..wakakaka..



banyak lagi gambar poyoku tapi 2 kat atas ni adalah paling poyo dapat disnap. hehe..

maka, selaku exco SUREYA (Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan), aku mohon maaf atas segala kesulitan yang terjadi sepanjang program. aku dah cuba sebaik mungkin, jadi, inilah yang terdaya aku buat untuk persatuan.
(* tiba-tiba ayat touching. wakakak)

majulah sukan untuk persatuan.
maralah SUREYA untuk jejakapoyo.

sekian..

~ gemuruh jiwa semangat membara. dari puncak ingin ke angkasa.
berkalungkan bintang berkerlipan . menyerlah jauh dari yang biasa~

Monday, 23 February 2009

ayah aku dah 48 tahun

" ko ni azim, mati-mati aku ingat isa ada adik bongsu last. rupa-rupanya ko anak dia," kata pakcik A.

" huk aloh, ambo ingat ambo mudo lagi. pande mukomu, supo muko ayahmu maso hok nakal dulu," kata pakcik K.

" muka kau ni, sebijik gile muka ayah kau masa muda-muda dulu," kata pakcik D.

" kau ni mesti anak en.isa kn? aku tahu dah. tengok muka jenis gini sah2 anak dia," kata student ipt ayahku.

aku wakil sekolah lumba lari. dia wakil selangor pringkat kebangsaan pecut 100m.

aku gol keeper daerah petaling. dia striker selangor bawah 15 tahun.

aku main tekong. dia main feeder.

aku ketua pengawas skola rendah. dia ketua pengawas skola rendah gak.

mata aku rabun belah kiri. dia pun rabun kiri lagi teruk dari kanan.

tapak kasut aku haus belah kiri. tapak kasut dia belah KIRI pun cepat haus.

dia garang. aku pun garang. (dulu kot, skang da bole cover). hehe..

dia accident motor, lutut dia koyak, kena jahit. aku main bola+takraw. lutut terhempas kat bumi+diterajang kencang bagai lututku ini sebiji bola. (*sama-sama sakit lutut)

dia lahir 20/02...aku lahir 19/01..

dia lahir subuh..aku lahir asar.. (* orang dulu kata, baby yang lahir subuh ni baik.. yang lahir asar ni nakal)

ayah aku baik tapi nakal..aku nakal tapi baik..wakakakkaa!!!

dia la ayah aku. aku anak ayah. even aku rapat ngan mak, tapi muka aku sama giler ngan ayah aku. hahaha.. (bangga wei). sebab adik-adik aku muka tak sama sangat. mak ke ayah ke. sederhana dan tengah-tengah. tapi aku? ayah dan aku muka kami hampir serupa.

kalo korang tengok aku kasar, sebab aku dah biasa camtu ngan ayah dan mak aku.

yang tak kenal aku, akan kata aku anak kurang ajar, derhaka ngan mak ayah. aku akui, memang aku kasar ngan diorang. tapi tu la aku sebenarnya. cara aku ngan diorang memang camtu.

tak pernah pulak diorang marah or nangis sebab aku kasar ngan diorang. cuma memang aku begini. (ni nak cite pasal ayah ke pasal aku?)

ayah aku kasar. aku pun kasar. sama-sama kasar. hahaha...aku anak ayah. ayah ayah aku. (paham la kn?)

kaki aku bengkak seliuh, ayah tak akan urut dulu. marah-marah dulu, tekan kuat-kuat biar aku menjerit bagi satu shah alam dengar, tarzan pun bole pencen dan pindah keluar dari hutan, baru dia urut.

ayah aku kemas. aku ni penyepah. ayah tetap ayah. aku tetap aku. hehehe..

satu je aku terkilan. aku tak wish besday dia on tyme. 20 feb. aku banyak tugasan. sampaikan aku terfikir, (*aku jarang terfikir, sekali terfikir, pergh, mmang gugur bulu mata lentik ni)..

' aku baru universiti da busy ckit, tak sempat nak wish kat ayah..nnti da ada keje, ada famili sendiri, camne pulak nanti tu?'

tapi aku akan usaha tak akan berulang lagi macam tu. sebab ayah aku tak macam tu. apa-apa jadi pun, dia akan bawak aku satu famili balik kampung paling malas pun 2 minggu sekali.

ayah suka ajak aku lumba lari. dia akan bagi aku 5m depan dia.
aku slalu kalah. last aku lumba dengan dia. masa balik open house jiran sebelum aku fly.
aku bajet aku dah menang. maklumlah lepas makan, sure perut berat.
dah 10m terakhir, ayah aku pecut aku gak. dan sampai hari ni, aku xpenah menang.
ayah dah bagi depan 5m pun aku still kalah lagi.
(*wakil skola vs wakil selangor. bole trima kekalahan ni. hahaha)

satu ayah aku pesan kat aku,

"...............................................................," kata ayahku.
*mana bole bagitau korang. hahahaha...

kepada sesapa yang baca blog aku ni.. bawah ni muka ayah aku..
(* dia x suka sangat bergambar. suka ambil gambar. aku pun suka bergambar, tak suka ambil gambar. hehehhe. sebab tu gambar dia tak banyak)


ayah aku kat terengganu.


ayah aku masa hantar aku fly

sama tak ngan muka aku? gamba atas lagi sama ke gambar bawah lagi sama?
ke korang nak aku letak gambar aku kat entry ni?
tak payah la. ni khas utk ayah aku.
bukan untuk muka selenger cam aku ni. kui9!!!

hehe.. ayah aku berisi. anak dia ni kurus kering cam papan. haha..

sekian dari anakmu yang jauh di perantauan. doakanla anakmu ini naik berat badan. badan anakmu ini banyak jin. makan nak pecah perut pun, kempeng gak. doa makan dah baca 7x. aku adalah anak ayah.




p/s: berbuat baiklah pada ibu ayah kita walau diorang tak buat baik pada kita. tugas kita layan mereka dengan baik. patuh kepada mereka selagi tak langgar syariat islam.

~itulah aku pada ayahku~
~namun aku tetap anak ayah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...