Monday 14 January 2013

beberapa tips

Assalamualaikum.


Sebagai seorang manusia tipikal yang suka judge (hukum) seseorang dengan kadar 0.001 saat, aku cuba untuk menukar tabiat celaka ini. Maka, aku suka untuk memikirkan sesuatu apabila datang kecelakaan yang merosakkan akal dan fikiran itu.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda aplikasikan jika membran otak anda tiba-tiba mahu judge seseorang tapi anda berusaha bersungguh-sungguh untuk menafikannya.

Situasi 1 ( dalam kenderaan awam di mana ada penumpang yang anda lihat tidak mahu bangun dan memberikan tempat duduk mereka kepada yang lebih memerlukan)

Fikirkan yang.....

1- Seluar atau kain yang tak nak bangun itu berlubang di bahagian belakang yang memerlukan dia duduk bagi menjaga maruah dan kehormatan diri.

2- Dia mengalami cirit-birit yang teruk yang memerlukannya memampatkan punggungnya di kerusi agar tidak tercirit.

3- Dia baru sahaja makan di warung yang tukang masaknya tidak masak kentang dengan sempurna lalu menyebabkan perutnya berangin dan terkentut-kentut. Dia perlu duduk agar kentutnya tidak berbunyi dan bau terus meresap masuk ke dalam kerusi. (Itu pun kalau kerusi kain. Kalau plastik, padan muka)

4- Dia baru sahaja memasuki pertandingan silat yang menyebabkan kakinya tidak mampu berdiri lama.

5- Dia baru habis latihan kawad di sekolah atau universiti yang memerlukannya duduk agar dia tidak terus berkawad di dalam bas atau train jika dia berdiri.

6- Dia merupakan mangsa pick-pocket (penyeluk saku) yang trauma yang mewajibkan dia duduk agar sawan babinya tidak datang jika dia dirompak sekali lagi.

Situasi 2 (seorang yang bercakap bongkak atau seperti bercakap menggunakan kepala lutut)

Bayangkan yang...

1- Dia baru sahaja habis tengok drama Melayu dan menjiwai watak seorang pelakon daripada drama itu. Tipikal Melayu yang mudah terpengaruh dengan drama Erma Fatima atau Kabir Bahtia.

2- Dia ada presentation (pembentangan) dalam kuliah sebentar lagi dan perlu mengambil feel (semangat) agar mendapat markah yang tinggi ketika berdiri di hadapan pensyarah dan rakan-rakan. DL adalah target jangka pendek beliau.

3- Dia sedang diperhatikan oleh spy (perisik) yang memasang microphone tersembunyi di dalam bajunya yang memerlukannya untuk bercakap bongkak atau dia akan ditembak serta-merta jika berhenti berkata seseuatu yang membangangkan fikiran orang yang mendengarnya.

4- Dia seorang pakar motivasi terlatih yang menyamar untuk membuat kaji-selidik tentang reaksi orang ramai apabila berhadapan dengan individu bermulut longkang.

Situasi 3 (sebuah kereta yang meluncur laju di lebuh raya)

Setkan minda anda yang...

1- Dia dah nak terberak atau terkencing. (sangat common dan klise. Takpe, tulis jugak)

2- Bini pertama dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari bercuti di Bandung, Indonesia sedangkan bini kedua yang baru dinikahinya semalam tanpa pengetahun bini pertamanya sedang menunggu kek coklat siap dimasak di dalam oven. Dia perlu membawa keluar bini keduanya secepat yang mungkin sebelum bini pertamanya sampai.

3- Kekasihnya hendak fly ke oversea dan dia perlu mengambil kembali cincin pertunangannya di jari kekasihnya kerana dia bukan seorang yang mampu untuk meneruskan long distance relationship. (pengaruh drama Melayu)

4- Jirannya call bagitahu ada bangla jual carpet sudah sampai di kawasan perumahannya. Dia perlu sampai di rumah sebelum bangla itu sampai di rumahnya agar rumahnya tidak menjadi stor simpanan carpet akibat hobi isterinya yang suka mengumpul carpet.

5- Dia seorang mahasiswa yang telah terlambat untuk menduduki kertas final exam akibat menunggu tandas di rumah sewanya bersama 12 kawannya yang lain.
____________________________________

Cukup untuk setakat ini sahaja dulu. Jika ada permintaan lain untuk situasi lain, aku akan cuba berkongsi dengan anda beberapa tips bagi mengelak tabiat suka menghukum orang sesuka hati ini.

Tips ini hanya pandangan peribadi penulis. Bukan mewakili golongan yang suka cakap orang tu macam tu lah, macam ni lah. 



p/s: bawak-bawaklah tutup mulut tu. kalau bau durian takpe. ini bau dugong.

Friday 11 January 2013

Menyalahi prinsip

Assalamualaikum.

Kita takkan tahu apa perasaan seseorang itu sehinggalah kita berada di tempat dia.

Pendahuluan yang sangat emosi. Kahkah. Sekarang aku jadi penganggur. Kenapa buah anggur yang dijadikan sandaran? Kenapa tak buah kedondong? Genua'? Cempedak?

Kita cuba. Sekarang aku jadi pengedondong. Sekarang aku jadi penggenua'. Sekarang aku jadi pencempedak.

Sudah. Cukup.

Menganggur bukanlah indah. Tidak sesedap kalau kita menganggur buah (memakan buah anggur).  Kini aku rasa kehidupan penganggur yang dikeji dan dicemuh oleh keluarga dan masyarakat. Mak ayah aku tak keji dan cemuh pulak aku. Aku syak ini pengaruh drama Melayu yag suka exaggerate plot sampai menggambarkan Melayu ni bangsa mulut longkang.

 Disebabkan aku tidak enjoy hidup menganggur, maka aku buat sesuatu yang buang tabiat. Dan menyalahi tabiat dan prinsip hidup aku.

Prinsip itu adalah: Aku akan menghentakkan tumit kaki aku kat dahi gadis yang main smartphone (tak kisah apa-apa model pun) sampai tak kisah orang sekeliling dan memegang smartphone itu seperti smartphone itu adalah limited edition dan tidak boleh dibeli lagi jika aku campak ke lantai dan memijak-mijak smartphone itu.

Ok.

Itu masih dalam tabiat lagi. Nak jadi cerita, disebabkan kehidupan penganggur yang sangat bosan ini, aku bukan lagi setakat menghentak tumit kaki kat dahi mereka, aku juga telah menujukan lutut dan menaji dahi mereka menggunakan siku aku yang bertulang tajam akibat kekurangan lemak untuk menyaluti tulang-belulangku yang tajam-tajam belaka.

Ini semua imiginasi aku. Imiginasi aku setelah banyak tengok movie action akibat pengangguran tahap agung ketika ini. Berjalan-jalan di tengah kesesakan umat dan kesibukan manusia lalu terserempak dengan golongan gadis yang tak sedar dia memijak di Bumi nyata tetapi minda berada dalam alam maya kerana di tangan mereka ada smartphone.

Kahkahkah.

Aku sebenarnya bukanlah orang yang suka pergi berjalan ke tempat yang sama 2x. Tapi nak jadi cerita, aku dah pergi main salji di tempat yang sama sampai 3x sepanjang tempoh pengangguran aku ketika ini. Memang  menyalahi prinsip hidup akulah kekdahnya.

Tempat main salji tu pulak bukannya macam Sijangkang pergi Klang. Tapi jarak dia macam Shah Alam - Ipoh tu. Kalau pergi macam Rosmah Mansor yang cuma duduk dan makan burger Abang Burn je takpe. Ini drive  pulak kereta sewa yang sumpah terseksa dan terbayang menunggang kambing gurun adalah jauh lebih seronok.

Disebabkan aku dah pergi 3x ke tempat yang sama, maka cerita untuk setiap kali main salji pastilah berbeza.

Kali pertama aku pergi sumpah best. Kereta sewa pun sedap, salji pun sedap. Senang cerita semua sedaplah. Kahkah.

Kali kedua sumpah nak menyumpah. Dahlah memandu kereta sewa seperti menunggang keldai parkinson, umat manusia pulak sangat ramai sehingga berlaku kemalangan di medan salji. Tak best.

Kali ketiga sumpah sesumpah. Kereta tak teruk tak ok. Biasa-biasa. Salji memang non hado dah la. Kau pergi main salji waktu panas. Takkan nak harap salji macam winter sonata? Dapat salji macam motor jual aiskrim je la jawabnye.

Kepada yang meminta aku post entry pasal percutian korang main salji ni, aku ucapkan, " Padan muka dapat salji macam motor jual aiskrim kepal je. Kahkah. Tapi sumpah best main salji yang dah keras dan tak ramai umat manusia sebab korang boleh meluncur sejauh mata memandang tanpa gangguan dan sekatan yang akan mengakibatkan kemalangan.."
_______________________________

Aku sedang sakit pungkoq. Main salji 3x dalam tempoh yang singkat akan mengakibatkan pungkoq anda sengal-sengal dan sakit-sakit.

Moga-moga pungkoq aku cepat sembuh supaya aku dapat makan bersila dengan selesa.



p/s: Entah sampai bila aku akan tercongok kat sini???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...