Tuesday 25 December 2012

Gerabak abadi

Assalamualaikum.


Aku dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta api. Perjalanan mengambil masa 40 minit. Aku dapat duduk. Perlu ke tulis dapat duduk? Haruslah. Dapat duduk dalam kereta api ni sebenarnya nikmat Tuhan kau tahu? Tatkala ada orang lain berdiri selama 40 minit, kau hanya duduk bersandar sambil bersihkan kuku yang berwarna kuning sebab kawan kau masak campak kunyit lapan peket.

Tengah sedap korek-korek jari manis, tiba-tiba penumpang depan aku pasang lagu melalui handphone. Bagi aku yang dah 5 tahun duduk dekat negara yang power ni, benda ni dah biasa walaupun mula-mula dulu rasa annoying, even sampai sekarang pun aku rasa annoying.

Tiba-tiba seorang penumpang minah saleh bangun. Minah ni aku rasa French sebab dia cakap French. Dia duduk menghadap aku selang beberapa baris. Rambut pendek, blonde, pakai specs old school dan berbaju hitam. Dia terus pergi ke arah gadis arab yang pasang lagu guna handphone tapi tak pakai earphone dan sound.

Aku suka. Sebagai bangsa Melayu yang tipikal yang lebih suka cakap belakang dan kutuk-kutuk dalam hati, aku memang suka tengok minah French tu cakap depan-depan. Gadis Arab yang gagal dalam subjek kesedaran sivik itu mematikan lagu.

Gerabak keretapi senyap.... untuk 5 minit.

Gadis Arab yang gagal subjek sivik tadi mempamerkan kegagalannya dalam subjek sivik dalam perbuatannya yang sumpah bangang. Dia boleh dengan selamba bangangnya on balik lagu, tanpa earphone. Minah French tu bangun balik then tegur untuk kali kedua.

Entah apa diorang cakap aku tak paham. Aku paham dua benda je,

1) Gadis Arab tu bangang.
2) Gadis Arab tu bangan abadi.

Aku tengok minah French tu balik kat kerusi dia then keluarkan earphone. Haa, ini memang baik punya perli. Bersungguh-sungguh minah French tu nak bagi earphone, dan-dan tu pulak datang sifat mahmudah gadis Arab tu. Penuh sopan-santun pekerti mulia menolak earphone tu. Tahu pulak malu? Bangang abadi.

Minah French tu duduk balik kat tempat dia. Earphone tu dia simpan balik dalam beg dia. Gadis Arab tu aku tak nampak sebab dia duduk terlindung belakang kerusi. Yang aku tahu, semua penumpang lain tengok je adegan tadi tu. Tiba-tiba ada sorang makcik ni bangun tegur gadis Arab tu, dan cakap something kat minah French tu.

Memang sifat atau perangai diorang dalam negara yang power ni, ada segelintir orang akan ke depan dan berusaha untuk mendamaikan. Terpulang kepada orang lain yang melihat untuk menilai diorang ni bagaimana. Aku pernah fikir diorang ni poyo abadi, ingat penyelamat keadaan kot, sebab gaya diorang kalau kau tengok, memang rasa nak libas pipi pakai keting 44x. Buat biasa dah la, ni siap gaya jalan, ekspresi muka, cakap suara nak Nasir Bilal Khan je.

Tapi ada je yang aku tengok gaya memang world class. Nisbah world class dengan Nasir Bilal Khan tu, 3:7.

Then, adegan tu habis bila makcik Arab and minah French tu bertukar-tukar senyuman. Kira makcik Arab tu represent the good side of their people la. Then, sampailah keretapi ke destinasi aku.

Aku yang dah lama simpan dendam dengan golongan-golongan bangang abadi camni, aku simpan 5 tahun kot, so, boleh bayanglah teruk mana dendam aku tu. Sebelum aku turun, aku lalu sebelah gadis Arab gagal sivik tu, aku cakap kat dia, "muka perempuan sini memang lawa, tapi perangai kamu semua mengalahkan keldai."

Info: dalam masyarakat Melayu, kita sering buat perbandingan dengan haiwan seperti lembu dan babi. Jadi, dalam masyarakat Arab, keldai adalah sehina-hina haiwan.

Aku tak rasa aku cakap kuat pun, sebab aku cakap dekat perempuan tu je. Entah macam mana, semua makhluk yang bergelar perempuan, gadis, wanita, kaki kejar sale, pandang aku. Aku dah gelabah, aku terus jalan cepat-cepat nak turun keretapi.

Tiba-tiba makcik Arab yang aku nampak gaya world class tu keluarkan perangai kampung dia. Dia tengking2 aku. Makcik-makcik lain pun join sekaki. Aku yang dah lemas dalam lautan warga emas tu cuba menyelit-nyelit untuk keluar.

Gagal.

Ada seorang perempuan gagah dalam tu telah menggenggam tangan aku dan dibalingnya aku ke tingkap keretapi. Kaca tingkap pecah berderai. Muka aku tertusuk serpihan kaca yang tajam mengguris. Aku menarik keluar kaca itu dan menangis.

Sedih kerana pipi aku yang berparut jerawat ini akan ditambah pula dengan parut gurisan kaca.
________________________________

Takde keje lah aku nak cakap camtu kat diorang. Dah memang bangang abadi, kau maki diorang, kau pon sama bangang abadi.

Aku just buat isyarat good dekat minah French tu and bertukar senyuman. Entah macam mana aku tak perasan ada kekasih dia di sebelah. Berlaku salah faham di situ. Aku yang tak mampu berbahasa French cuba untuk menerangkan dalam English. Ibarat penyu bercakap dengan dugong, takde apa yang faham. Maka, tumbukan dan tendangan sahajalah yang menjadi bahasa pertuturan.

Aku terpaksa menendang dada lelaki itu supaya dia terduduk dan tak mampu untuk terus menumbuk aku.
________________________________

No. Actually aku turun je tanpa apa-apa reaksi. Turun dan terus balik ke rumah. Terus menuju ke sinki dapur untuk sabun tangan yang berwarna kuning akibat kunyit yang terlampau banyak diletak dalam masakan lemak.


p/s: jangan suka cakap belakang. kadang-kadang ada benda lain bercakap di belakang kita. Heeeee heee heee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...